peberet..

saya suka choki-choki..hari-hari saya makan choki-choki..saya suka nangis..hari-hari saya kena lempang..eh!

Anak-anak Sidek

zaman kita dolu-dolu (wah, macamlah oldschool sgt padahal lahir pun dlm lewat 80an je pun).. sebut je Anak-anak sidek! kemain glamer lagi..

Refresh..Ada yg sanggup simpan duit belanja skolah semata2 nak beli komik.. xcukup dgn tuu, ptg-ptg time nk dekat2 ngan maghrib lak, tercongok dpn tv..nk tgk citer tu..da lali dgn bebelan mak2..ye laa..mana org nak siap2 mandi, nak smayang, nak ngaji..time tu la kita sebuk duk pasang TV.. buka volume kuat2 dgn harapan dpt tandingi suara mak2 yg pot pet pot pet.. hihi.. tu kisah kita dolu-dolu..

Tp sekarang nih, budak2 dah tak kenal dah .. "Siapa anak-anak sidek?".



Rugilah.. Sepatutnya Animasi beginilah yang harus di pertontonkan untuk anak-anak kita.. byk input yg boleh dijadikan teladan. bukannya citer-citer katun yang makin byk lak mengarutnya, yang memberi gambaran yang negatif pd anak-anak kita.

Eh, Puan Izzah agaknya dah jd serius..
Sekian, Terima kasih.

nak sambung sket : Upin & Ipin..Auranya begitu kuat, sekuat aura TSUMAWI dulu..agaknya lagi kuat..tp, jalan ceritanya mengandungi byk pengajaran, byk teladan yang boleh diambil. Rayyan tak terkecuali, mmg minat sgt! HANTU upin & ipin..BETUL BETUL BETUL..

Upin & Ipin 






t-shirt felt

taraaaaaa!! 


bkn nak menunjuk..apatah lg nak riak..no! no! no! (xcantik mana pun klu nak riak kt org..huhu)
entry ni khas untuk http://www.lamanprincess.blogspot.com/ ...

hehe..godek2 gambar, ade la sekeping nih dlm nset..trus terPK kan Puan Suraya kita nih, kita wat entry nih utk awak.. (1st tryer..mati mengejut kalau ckp xcantik!)..eh!


penjaga gawang gamaknya..sepak bola ke pegang je bola?

Petang-petang ari minggu ingtkan dapat la main bola..sepak terajang..eh! bukan..sepak bola..tendang bola..

ghupanya!

dia bawak lari bola.. sikit pun tak di sepak..

bila kita amek bola, nak ajar dia cara tendangan TORRES! gini lak jadinya..

hurrrmmm...lastnya.. suke ati kome laaa...
tak dapek ibu nak nolongnya..

 KECHIWA!! bawa haluan masing2..






must try it!! so c00l..

Dikala panas matahari mencacak kt atas kepala kan kononnya panas la sgt.. pastu terasa nak makan eskrim... cobalah ingt "Snogurt" .. TASTY ....

intro bkn main sajak lagi..hihi..

sebenor-benornya nk citer sal eskrim.. klu tutti fruity (eh..betul ke ejaan tuh?) , kita da biasa sgt kan.. apakata kita try lak snogurt.. rasanya ala2 TT tu jgak, tp ada kelainan la sket..(ce try dulu) nk kabo tataw..msg2 punya citarasa..tp klu citarasa Rayyan & ibunya..mmg soodap...

kedai comey2 gitu..pinky-pinky.. kita syuke..moh warga putrajaya kita mentry snogurt kt Presint 15..kedainya berhadapan myDin..alaaa..klu lalu dpn myDin tu kompem la nampak kedai suuwitt tuu..



Rayyan da try..anda bila lagi?


^-^ Abi beria nak makan sbb Duta Snogurt ialah Raja Farah..ehh!

Takziah..Anakanda AKMAL dalam kenangan

Baru balik dr menziarahi Anakanda Akmal. Sedih & sayu melihat Pn. Azlin yg kelihatan sangat tabah menghadapi ujian ALLAH... AL-FATIHAH..Anakanda Akmal telah kembali keRahmatullah setelah dirawat di ICU Hospital Selayang akibat jangkitan kuman...

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL..

Dari DIA kita datang, kpd DIA lah kita kembali..




Gambar semasa Akmal menerima rawatan di ICU Hospital Selayang


pizza BESAARRR punya..

                                    huh! kalau kat Taska..dialah Hero nya..penim kepala Cikgu..
                                                                                 tapi....


ada nampak Hero tu mcmana?
wallah! takutnya bukan main lagi..heeeee!

Senandung Wau KTMB

KAJANG - GUA MUSANG by Senandung Wau...
Eh, duk Putrajaya, tp naik kat Kajang? Kajang merupakan stesen keretapi yang paling dekat ngan Putrajaya. (yg ada perkhidmatan Express Senandung Wau)
Memang 1 pengalaman yang boleh dikategorikan antara travel yang paling best..hanya berdua bersama my Hero..(Abi xbalik sbb xdpt cuti)..
Perjalanan mengambil masa dlm 9 jam mmg tak terasa pun.. alih2 je da nak sampai..sebabnya kami booking katil..amat selesa dgn harga tambang yang berpatutan.. www.ktmb.com.my
hurmm..tidaklah sebesar manapun katil tu, tp muatlah untuk kami berdua..


wahhh! cantik x?selesa kan? my Hero mmg suke sbbnya dia tidur je sepanjang perjalanan..dgn aircond yang sejuk & cahaya yg suram2 gitu..hehe.. jd mmg tiada masalah la kalau nak bawak anak kecil naik train..




sempat lagi main Ipad..

masak vs boboiboy

orang nak masak..dia pun sebuk nk tolong masak.. malas nk bising-bising..sudahnya..hurmmm..Rayyan-Rayyan.. 
 






  mula-mula memang bersemangat! tak toleh kiri kanan..
 nih tak masuk separuh masa pertama lagi..masih lagi ok..sbb ibunya tgh support konon-kononnye laaa hahaha.. 
cepat Rayyan..cepat! ibu nak masak ni.. 
                                                  


  


            ^______________,^  aip! aip!
                      UUUU

                                               da mula menjeling daa..








 ....eh..eh..
makin berminat..
                                                             dah start sengih sorang-sorang..




 patut laa... bObOiBOY!! terus angkat bontot..duk depan TV.. akhirnya ibu dapat masak dengan cepatnya walaupun tanpa bantuan anak teruna sorang nih..

gunting rambut

semalam pergi gunting rambut Rayyan kat presint 8..(sbb da agak lama xgunting..rambut da tutup mata,ruam kt dahi semakin menjadi-jadi) kedai atas pasar presint 8.. Ya Rabbi..punya la susah..menangis..melolong..bagai nk rak!! (air mata xhenti-henti mengalir..macam air hujan!)Rayyan tak duk diam..kejap abi dukung..kejap ibu dukung..baju kami jangan nk kata laa..penuh ngan rambut Rayyan..hurmm..nasib baik la kakak(tukang gunting) sangat memahami dengan kerenah Rayyan..agak lama jugak laa nk kerjakan rambut Rayyan tuh..senget benget jadinya..

Lepas siap gunting tuh..leh lak dia gelak-gelak..berlari sana sini..xpakai baju..pampers je melekat kat punggung..huhu..Aduh! Rayyan..Rayyan..sempat la singgah kedai ikan hiasan kt sebelah tangga tuh.. beli ikan Rayyan..gantikan ngan ikan yg da 2 ekor mati..

Anak oh Anak! macam-macam ragam..sabar je laa..

Jumaat : Hari Teladan_Kisah Nabi Sulaiman dan Pemuda yang Berbakti kepada Ibu Bapanya

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian. Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni oraang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”. Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman. Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah. Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?” Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”. Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya. Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu susana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang. Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”. Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya. Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.