ibu, G6PD tu ape?

Ibu : ( Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese) adalah sejenis enzim dalam sel darah
merah.Fungsinya,la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih
awal.
Rayyan : owh..mcmana Ibu taw Rayyan ada G6PD? Dokte ckp aper?
Ibu : Semasa bersalin 'sample' dan tali pusat bayi dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal.
& didapati Rayyan mengalami kekurangan G6PD:
- Ibu harus membawa anak Rayyan masuk ke wad untuk pemerhatian & dikehendaki tinggal di
wad sehingga Rayyan berumur 10 hari.(tp xsampai 10 hari pun, ibu da boleh bawa Rayyan
balik umah awe..seingat ibu, seminggu jgak la Rayyan kt Asrama baby..huhu..)
Rayyan : Pemerhatian tu utk ape ibu?
Ibu : Pemerhatian tu perlu kerana Rayyan boleh mendapat kuning(Jaundice)dengan serta merta.
Dihospital, kita mempunyai ramai pakar berkaitan semua ini. Jadi, kita xperlulah risau.
Rayyan : owh..ibu, G6PD tu bahaya x?ada pantang larang ke?
Ibu : Ibu cuma perlu elakkan Rayyan dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan
seldarah merah seperti:
* Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
* Ubat gegat.
* Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
* Minyak gosok.
* Kacang parang.


Rayyan : Ibu, apa kesannya kalau melanggar pantang larang tu?
Ibu : Ianya boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
• Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
• Air kencing berdarah atau berwama teh pekat
• Demam dan pucat.
Rayyan : Ibu,bolehkah seseorang yang kekurangan G6PD mcm Rayyan hidup secara normal?
Ibu : Boleh sayang.Mereka boleh hidup secara normal tetapi mesti mengelakkan makanan dan
ubat-ubat tertentu.Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat.la bukan penyakit
berjangkit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nak cakap ape ye?